 dan empat titik (sebagai contoh kedua-dua tangan dan kaki dalam seni mempertahan diri berorientasi sukan seperti wusyu), Muay Thai mempunyai lapan titik sentuhan.
Seorang peninju Muay Thai terlatih menggunakan tumbukan, sepakan, serangan dengan siku dan lutut yang boleh membawa maut.
Asal usul Muay Thai, yang bermakna 'seni lapan anggota' boleh dikesani di medan perang Thailand pada abad ke-15.
Pahlawan-pahlawan Thai menggunakan lapan anggota menggantikan pedang dan kayu semasa bertarung tanpa senjata.
Ia kini telah menjadi sukan kebangsaan Thailand dan mempunyai banyak persamaan dengan seni mempertahankan diri yang lain seperti Tomoi di Malaysia, Muay Lao di Laos dan Pradal serey di Kemboja.
Hari ini, teknik-teknik yang boleh mematahkan tulang dalam Muay Thai digunakan di seluruh dunia bermula dengan pihak tentera Thailand hinggalah CIA, dan telah mencetuskan inspirasi bagi filem dan bilangan besar peminat seni ini di Malaysia.
Sumber dari: http://sejarah2u.blogspot.my/2010/03/muay-thai-warisan-pahlawan-siam-abad-ke.html?m=1
Sekian.