Gambar rajah 1
Salam sejahtera kepada ahli-ahli steemit, pada hari ini saya akan menerangkan tentang EOBOT.
PENGENALAN
Bagi para peminat yang baru mahu berkecimpung dalam dunia mining/gali atau pernah terdengar tentang duit kripto BITCOIN yang amat popular dalam era dunia digital, mungkin kita tidak pernah menjangka bahawa tanpa menggunakan GPU kita sebenarnya boleh juga melakukan proses tersebut without hardware dengan hanya menggunakan "CLOUD MINING. Ok bagi sesiapa yang kurang faham apakah maksud cloud mining, saya hanya bagi huraian berdasarkan pengetahuan yang baru saya alami cloud mining ialah salah satu servis alternatif mining tanpa mengunakan hardware seperti GPU dan selainnya. Ianya juga saya boleh katakan sangat efisien kerana kita tidak perlu berjaga siang malam dengan membiarkan gpu sentiasa hidup 24/7 serta lebih jimat daripada membayar kos elektrik namun EOBOT juga mempunyai pilihan menggunakan duit poket anda. Akan tetapi? Saya akan terangkan dalam huraian saya yang terakhir nanti.
EOBOT
Eobot ialah salah satu servis mining yang mempunyai 2 cara diperbolehkan melalui GPU dan juga alternatifnya CLOUD MINING, Eobot juga banyak menyimpan data-data kripto seperti yang tertera di gambar rajah pertama saya tadi yang mana kita boleh membuat pilihan apa-apa sahaja jenis duit kripto yang ingin kita gali/mining. Secara amnya Eobot sebenarnya telah diperkenalkan sejak 2013 lagi namun secara purata nya kebanyakan tidak menyeluruh lagi yang tahu /menggunakan sedangkan saya juga baru mengetahuinya bebrapa hari yang lalu. Terima kasih kepada yang banyak memberikan panduan serta tips-tips yang berguna bagi pengunaan pertama saya dalam dunia mining Eobot.
PERMULAAN
- Layari ke laman web Eobot https://www.eobot.com
- Daftar akaun serta masukkan alamat E-mel anda dan juga 'kata kunci/Password'
3.Masuk ke E-mel anda dan cari mesej dari Eobot - Tekan link tersebut dan seterusnya layaran anda akan diteruskan ke laman web Eobot tadi.
- Masukkan alamat lengkap anda seperti nama, tarikh lahir, alamat tempat tinggal dan juga jangan lupa aktifkan pilihan PFA sekuriti bagi memastikan akaun anda tidak mudah untuk digodam oleh orang yang tidak bertanggungjawab. Siap? jom ke langkah seterusnya
LANGKAH PERTAMA
Tekan product dan tuntut faucet anda.
Faucet ialah salah satu free coin yang kita boleh tuntut setiap 24jam...Menarik kan? , Ok sebelum tuntut faucet tersebut... tukar mining anda ke DOGE, kenapa saya mencadangkan anda guna DOGE sebabnya DOGE untuk memudahkan proses pemahaman kita sebelum memulakan mining.
Selepas pilih DOGECOIN baru anda tuntut faucet anda. Bila anda dah tuntut akan nampak nilai DOGECOIN bertambah daripada sebelum ini nilainya ialah 0.
LANGKAH KEDUA
Start your engine hahahah okay langkah seterusnya kita ke exchange dan pilih coin yang kita ada seperti marker hitam yang saya tunjukkan pilih DOGECOIN dan guna amaun yang ada anda pada permulaan, seterusnya anda lihat pada marker merah iaitu Cloud SHA 256 5 years rental dan klikkan seperti saya tunjukkan pada skrin biru.
Klik sekali lagi untuk mengesahkan urusan yang anda klik tadi.
Setelah sehari mining untuk 5 years rental , terapkan disiplin diri anda kumpul faucet setiap 24jam dan tukar ke DOGECOIN sehinggalah mencecah angka 4 DOGECOIN.
sekali lagi Klik exchange , pilih GHS SHA 256 24hours rental.
TAHNIAH anda telah siap dengan langkah-langkah yang asas. OK mari kita ke langkah seterusnya.
PANDANGAN PERIBADI
Ini ialah pendangan peribadi saya namun mungkin harus saya kongsikan agar para komuniti steemit mahupun luar boleh menimba serba sedikit pengetahuan.
Allritee ok begini , Semasa mining saya cadangkan mining anda tukar kepada DIVERSIFY.. apa tu diversify? ok soalan yang bagus.
Diversify ialah pemilihan multi semasa anda mining namun saya terangkan anda secara terus fungsi yang sepatutnya/kemungkinan untuk mendapatkan pulangan lebih 50% dari hasil yang kita labur.. eh kenapa 50%? bukan lebih 100?
Saya menanda DOGECOIN dan GHS 4.0... eh GHS tu apa? Ok GHS itu ialah mining servis yang kita sewa baru sahaja tadi... Setiap 10-15 minit mining akan bertukar dari DOGECOIN ke GHS 4.0 dan selepas tempoh yang saya sebutkan tadi mining akan me-mining dirinya sendiri...
ok saya bagi contoh logik yang saya rasa betul.
100% investment kita akan terbahagi kepada dua kerana kita menanda dua mining tadi.
50% = untuk GHS mining power UP
50% = DOGECOIN
Secara logiknya kita sebenarnya telah membuat keuntungan beberapa peratus daripada hasil power up GHS mining tadi kerana setiap kali mining bertukar dari GHS ke DOGECOIN , maka DOGECOIN akan lebih cepat mendapat pulangan secara berperingkat hasil DIVERSIFY... jadi secara logiknya lebih dari 50% hasil pulangan sepatutnya yang kita dapat. Ulangkan cara ini setiap hari apabila 24Hours rental telah tamat, maka anda sambungkan lagi dengan cara yang sama dengan menyewa SHA 256 24Hours. Apabila anda menuntut faucet tersebut jangan lupa tukar mining anda ke GHS untuk menambah janakuasa mining, selepas menuntut faucet tersebut barulah anda menukar mining kepada diversify kembali.
KESIMPULAN
Seperti yang saya katakan tadi pada perenggan pertama "AKAN TETAPI" kata kunci dalam pengunaan EOBOT ialah sabar dan disiplin seperti apa yang telah terangkan kepada saya. Tuntut faucet setiap hari , ulang proses yang sama. Bagi pandangan saya EOBOT juga sebenarnya memberi peluang kepada yang baru dalam dunia kripto dan menariknya kosnya ialah percuma!! apa yang perlu ialah tenaga,kesabaran dan masa anda sahaja untuk menunggu hasil.
EOBOT juga boleh dibawa kemana-mana sahaja melalui peranti android mahupun ios, semuanya hanya dihujung jari anda! tapi jangan pula testing mining sambil memandu.. haha
PANDUAN
Jangan lupa bookmark link ini
Sekian terima kasih! jika ianya membantu atau mana-mana rakan anda memerlukan jangan lupa RESTEEM/UPVOTE.
Jom bantu sesama komuniti kita dan jika ada sebarang pertanyaan/cadangan atau apa-apa sahaja sila komen diruangan komen, mungkin ada lagi idea yang lebih bernas untuk kita kongsikan.