Inilah kawasan tanah saya di Kg. Sugud yang berkeluasan 0.4 ekar sahaja... 5 tahun yang lalu, bapa saya telah memberi kami adik beradik beberapa bidang tanah. Seperti biasa, mengikut adat anak lelaki mendapat lebih banyak harta dari anak perempuan. Anak perempuan pula diberi mengikut umur, siapa lebih tua dia dapat lebih dari yang muda.
Actually, semua tanah ini adalah tanah warisan dari moyang saya. Moyang saya adalah diantara orang yang pertama meneroka kg. Sugud. Sampailah diturunkan kepada bapa saya.
Sewaktu bapa saya dipilih sebagai ketua kampung pada tahun 80an, dia telah mendermakan atau reserved 56 ekar tanahnya khas untuk penduduk kampung yang tidak mempunyai tanah dan mesti berasal dari kg. Sugud.
Namun begitu, pada 3 tahun yang lalu, tiba2 terdapat beberapa orang yang berasal dari tempat lain telah membina rumah disana. Setelah diselidik, rupa2nya orang itu adalah kerabat ketua kampung yang baru. Ketua kampung itu telah melanggar amanah yang telah diberikan kepadanya untuk menjaga hak orang kampung Sugud.
Selain itu bapa saya juga telah reserved 1050 ekar tanah yang terletak di Vasai Timpangoh Sugud untuk penduduk kampung Sugud. Kawasan ini kaya dengan kayu balak.
Terdapat desas desus untuk meletakkan haiwan dari zoo dari Lok Kawi Wildlife Park di sana. Kalau saya tidak silap, terdapat perbincangan mereka dengan penduduk kampung yang diketuai oleh bapa saya.
Bagi pihak orang kampung bapa saya meminta beberapa % keuntungan setiap bulan khas untuk kegunaan pembangunan di Kg. Sugud. (saya kurang pasti apa keputusannya)
Aki was known to possessed great physical strength that helped to protect his village from the raids of other tribes from the uphill people who come to take heads from the lowland people.click sini untuk membaca cerita lebih lanjut tentang moyang saya, tapi jangan upvote sebab itu post lama :)
Bersambung di episode yang akan datang...
Stay tuned....