Hi Steemians, kali ini saya akan menulis posting mengenai masalah 'slow' atau 'hang' di aplikasi Whatsapp, Telegram dan telefon pintar anda.
Kita selalu menyalahkan "banyak group" apabila telefon pintar jadi lambat atau "hang" dan ada yang mengambil keputusan untuk keluar dari group. Tetapi telefon pintar tetap menjadi slow atau hang walaupun telah keluar dari group tersebut. Sebenarnya ada beberapa sebab kenapa telefon pintar ini menjadi lambat.
Aplikasi Whatsapp dan Telegram anda bukan yang terkini ataupun belum diupdate. Aplikasi haruslah di update bila ada notification dari play store atau apps store. Caranya sangat mudah, anda hanya perlu masuk ke play store atau apps store dan update aplikasi tersebut. Ianya sangat cepat dan anda tidak perlu membayar apa-apa.
Terlalu banyak chat yang tersimpan dalam group whatsapp dan telegram sehingga menyebabkan ia lambat untuk 'loading' ketika anda masuk dalam aplikasi. Anda hanya perlu klik pada 3 dot bertindih di sebelah kiri (atas). Kemudian klik pada "clear chat".
Terlalu banyak "cache" tersimpan di dalam storage aplikasi. Ini adalah salah satu penyebab kenapa kenapa telefon pintar menjadi hang. Untuk mengatasinya, anda kena masuk ke setting dan cari aplikasi whatsapp atau Telegram. Selepas itu masuk ke storage kemudian "clear cache".
Terdapat banyak Image, audio dan video yang tersimpan di dalam storage. Kemungkinan ruang simpanan file (storage space) sudah penuh (full memory). Anda perlulah delete video, audio atau image yang anda tidak perlukan lagi. Kerana ini adalah penyebab utama hp menjadi lambat dan hang. Delete juga games dan aplikasi yang anda tidak perlukan lagi.
Ramai yang merasa hairan kenapa data internet mereka cepat habis. Ataupun tiba-tiba terdapat banyak video, audio dan image dalam memory telefon pintar. Semuanya ini adalah kerana aplikasi anda telah disetkan kepada 'auto-download'. Cara-cara set untuk aplikasi Whatsapp dan Telegram :
Whatsapp: masuk Setting > Data and Storage Usage> periksa semua Media Auto-Download. Pastikan anda tidak tanda ✔️ pada kotak yang disediakan.
Telegram: masuk Setting kemudian setkan tiada media yang disetkan pada Auto Download.
Diharap artikel ini dapat membantu mengurangkan masalah lambat dan hang pada telefon pintar anda.
Sekian dan terima kasih.