Hi Steemians, apa khabar. Saya harap semuanya berada dalam keadaan yang baik. Hari ini saya akan berkongsikan bagaimanakah saya menyusun kesemua succulent dan cattus di ruang yang terhad atau sempit.
Untuk pengatahuan Steemian semua, saya adalah peminat cattus dan succulent. Minat itu datang apabila saya membaca satu artikel mengenai succulent di Facebook. Saya sangat terpesona dengan keindahan dan keunikan bunga tersebut.
Bentuk daun yang unik inilah yang menyebabkan saya jatuh cinta dengan succulent. Selain itu juga succulent ini mempunyai banyak spesis dan warna. Ia sangat sesuai ditanam sebagai succulent terrarium.
Succulent Terrarium Source
Kebanyakannya bunga succulent adalah berasal dari Madagascar dan Peru. Udara yang lembab dan kering membolehkan bunga itu tumbuh subur di sana. Oleh yang demikian, bunga itu tidak memerlukan penjagaan yang rumit iaitu, siram seminggu sekali sahaja
Saya mula membeli bunga succulent dan cattus dua tahun yang lalu. Saya membelinya di pasar tamu dan membeli dalam talian. Lama kelamaan, ruang untuk meletak bunga mula sempit. Lebih-lebih lagi saya cuma tinggal di pangsapuri (apartment).
Untuk menyelesaikan masalah tersebut saya membeli basket kecil. (sila rujuk pada gambar)
Basket ini akan disangkut di grill tinggkap. Dengan cara ini saya dapat menjimatkan ruang dan dapat menyusun succulent dengan teratur.
Pada tahun pertama saya membeli succulent, kebanyakannya bunga itu telah mati. Ini kerana saya meletakkannya di dalam rumah. 😬
Walaupun bunga itu mati, saya tetap membeli succulent yang baru dan akhirnya memahami serba sedikit cara menjaga bunga itu.
Tips: Jangan simpan succulent di dalam rumah atau kawasan berhawa dingin kerana bunga itu akan buruk. Sekurang-kurangnya letaklah ia di kawasan tepi tingkap agar ia mendapat udara segar dan cahaya matahari. Succulent sangat sukakan cahaya matahari tetapi bukan direct cahaya matahari k!
Terima kasih kerana membaca steemit blog saya. Saya akan menulis bagaimana hendak membuat succulent propagation di artikel yang akan datang. Stay tuned 😊.