Sebagai seorang lelaki yang tinggi meminta diet daging, selalu ingin saya mencuba diet vegetarian. Oleh itu, dengan meminjamkan peluang musim raya Good Friday, kini saya tengah mencabar diet abstain(iaitu mengecualikan daging haiwan di aras tanah)
Kebetulan ini hari Jumaat, awal pagi saya sudah berada di Kepong menjumpa pelanggan sambil sarapan pagi. Terjumpa daging panggang yang saya gemar. Tetapi teringat pula saya tengah abstain, oleh itu saya cuba memilih ikan. Sedih saya terdapat tahu pakcik penjual mee charsew hanya jual daging babi. Akhirnya saya tinggal pilihan sayuran sahaja.
Eh... Boleh tahan! Bukan setakat boleh tahan, malah sedap! Fuah! Pertama kali saya menghidangkan mee tanpa daging di sini. Pertama kali saya terasa kari santan yang begitu wangi dan sedap.
Lepas sarapan, saya sudah balik ke pejabat untuk menyelesaikan kerja. Tidak terasa masa berkali, tengahari sudah terlepas. Bila saya tengok balik jam tangan, sudah pukul 2:30 petang. Alamak! Sudah terlepas masa makan tengahari, di mana boleh cari makanan lagi? Mujurlah kedai makanan vegetarian bertentangan dengan pejabat saya buka hingga pukul 3petang. Segera saya dengan seorang lagi rakan sekerja menuju ke kedai itu.
Sekiranya kari "ayam" dihidang, bau kari yang begitu menarik sekali, siap dengan kentang. Bukan sahaja kari ia sedap, "daging" yang dibuat oleh kacang dan tepung gundam telah digoreng, perasaan kenyal sungguh berdekatan dengan rasa danging yang sebenar.
Berikutnya adalah makanan Cina yang suka makan, iaitu "sweet and sour chicken" ala ayam manis masam. Cuma kedai vegetarian ini menukarkan ayam goreng kepada cendawan goreng. Terperanjat saya bila saya cuba mengigit cendawan goreng itu, ia lebit ranggup daripada daging. Bau cendawan yang telah goreng jauh lebih terasa berbandingkan daging ayam. Sementara itu, cendawan goreng telah menyerapkan sos tomato yang tersiram di sekitarnya. Sungguh terharu saya merasa kemewahan makanan vegetarian. Nasi putih saya tidak mengambil gambar, sebab itu cuma nasi putih biasa kita makan. Tiada beza sangat lah. Tidak mahu bazir bateri untuk mengambil gambar.
Sebelum kita menghabiskan lauk, nasi putih pun sudah dibahiskan. Saya dengan rakan sekerja bersetuju untuk mencuba satu hidangan lagi, nasi ayam claypot ikan masin. Tidak mengcepatkan, nasi memang macam nasi, ayam macam ayam, tetapi macam mana dia buatkan bau ikan masin itu? Rupanya, tukang masak sudah menyediakan kacang gundam berketulan, merendamkan di dalam sayur masin supaya "ikan" tersebut menyerapkan bau sayur masin itu.
Terfikir saya, betulkah kita perlu makan daging? Setakat ini, sudah satu minggu saya selang-seli diet vegetarian penuh dan abstain, kecuali terasa sudah gemuk, seluar jadi ketat, yang lain-lain serupa macam dulu, masih hidup dengan sihat. Saya kena pergi minta maaf kepada kawan-kawan saya kerana dahulu saya kata saya tidak boleh vegetarian. Kalau saya vegetarian saya akan mati.