Manutd vs Sevilla
Hello kawan-kawan Steemit. Pagi ini saya bangun seawal 4 pagi untuk melihat perlawanan Champions League diantara Manutd dan juga Sevilla. Terlewat 15min untuk saya melihat perlawanan ini yang bermula seawal 3.45 pagi tadi.
Manutd Line-ups
Ball Possession
Secara umum saya melihat perlawanan diantara Manutd dan juga Sevilla pada separuh masa pertama adalah berpihak kepada Manutd kerana bola banyak berpihak kepada Manutd dimana 51% (Manutd) dan 49% (Sevilla), tetapi tetap juga Manutd tidak dapat membolosi gawang pihak lawan.
Defender
Pada perlawanan tadi saya melihat pertahanan tuan rumah pada separuh masa pertama dikawal baik sekali dengan kembalinya Eric Bailley selepas kecederaan dan juga Chris Smalling di bahagian tengah. Pada separuh masa kedua pula, pertahanan tuan rumah mula goyah dan hilang fokus, ini kerana gol pertama pada masa kedua dilihat Ben Yadder (striker sevilla) bebas untuk masuk ke dalam petak penalti untuk merembat bola dan mengalahkan De Gea pada jarak yang amat baik. Begitu juga dengan gol kedua dimana Ben Yadder sekali lagi menanduk masuk untuk gol kedua kerana kesilapan Ashley Young.
Midfield
Saya amat suka melihat bahagian tengah tuan rumah pada separuh masa pertama dan kedua, tetapi ianya berubah apabila Paul Pogba dimasukkan pada minit ke 60++ dimana beliau sangat banyak melepaskan bola ke pihak lawan dan banyak membuat error dalam ball distribution beliau dan ini lebih mencacatkan lagi bahagian attacker Manutd pada perlawanan tersebut.
Attacker
Pada pendapat saya, penyerang tuan rumah adalah bagus tetapi belum lagi mempunyai semangat yang amat tinggi untuk mencari jaringan. Tidak seperti semangat di waktu Class 91, walau pun ketinggalan gol tetapi semangat yang tinggi dan teamwork yang kuat telah membawa Manutd kepada kemenangan, tetapi pada perlawanan ini saya nampak bahawa semangat dan teamwork itu belum lagi kuat dan seharusnya lebih kerana ini adalah tournament yang amat berprestij di dunia berbanding trofi-trofi lain.
Kesimpulan Perlawanan
Daripada apa yang saya lihat, masi belum ada kesatuan dalam team Manutd ini, dan saya tidak menyalahkan pada Jose Mourinho kerana kekalahan ini tetapi saya melihat persefahaman diantara players haruslah lebih titik beratkan berbanding mencari star player yang kita tidak tahu dapat membuahkan kemenangan dan gol yang banyak. Oleh itu, kepada peminat Manutd, jangan putus asa dan jangan jadi plastic fan ya, keep on supporting dan fokus kepada perlawanan seterusnya! 😎🤘