Rimbunan padat satu silam lampau,
Mewarnai kehijauan pelbagai coretan,
Dimana unggas dan haiwan mencari teman tanpa silau,
Riwayat dan memori satu kehidupan.
Rakusnya kamu menodai diriku,
Melapah dengan tamak untuk kepentingan nafsu,
Kekayaan pelbagai habitat bertemu,
Kini sudah tamatnya sebuah lagu.
Dahulunya pembekal sumber air dan udara segar,
Bertukar wajah tanah gersang bercerucuk cerobong asap,
Segala nilai engkau telah terbiar,
Demi satu illusi kekayaan yang akan lesap.
Ku meratap dalam kesedihan,
Air mata mengalir dengan derita di dada,
Beraninya kau memilih emas menggantikan dahan,
Kicauan burung bersilih ganti dengan deruman jentera.
Hilangnya satu khazanah,
Yang amanahnya kamu telah terima, ,
Jahanamnya kau meracuni tanah,
Dimana budi mu kepada yang pernah berjasa.