Salam Muhibah sahabat ku Steemit, penggunaan Bahasa masih lagi kurang terutama di Malaysia. Jika di fikir secara positif pada sudut lain ini merupakan peluang pasaran yang masih baharu dan sudah tentu permintaan terhadap Bahasa akan mendapat sambutan juga. Diharap para pengguna Bahasa cekal meneruskan penulisan dalam Bahasa.
Berbalik pada tajuk artikel saya, ini memang buatkan saya terkejut. Maklumlah banyak lagi petunjuk petunjuk masih belum diketahui umum. Di sini saya memohon jika ada di antara penulis blog steemit boleh lah kongsi infomasi yang boleh dimanfaatkan oleh para penulis steemit Bahasa terutamanya.
Logo Steemit kecil yang saya maksudkan adalah seperti gambar di bawah.
Gambar ini menunjukkan di ruang “Post”. Tumpukan pada bahagian “Rewards”.
Penjelasan.
Power up 100% bermaksud semua pendapatan yang sudah ditolak 25% untuk kurator "Reward" pada artikel yang dimasukkan ke STEEM POWER. Disini lah kita akan dapat logo kecil steemit yang berada disudut penghujung tajuk utama artikel kita. Logo Steemit tidak mempangaruhi naik atau susut nilai artikel kita. Ini adalah pengetahuan umum bahawa kita sudah power up 100%.
Default 50% / 50% bermaksud 50% pendapatan akan dimasukkan ke STEEM POWER dan 50 % pendapatan akan dimasukkan ke SBD. Lazimnya ini adalah kandungan asal secara otomatik semasa/sebelum ruang “Post” dibuka. tiada petunjuk logo steemit diberi.
Decline Payout bermaksud jika kita bercadang untuk tidak mahu menerima sebarang pendapatan pada artikel kita. Boleh dikatakan sumbangan lah. Ini juga bermakna kita sumbangkan semua pendapatan kita kepada kumpulan yang telah upvote pada artikel tersebut. tiada petunjuk logo tetapi nilai pendapatan dipalang mendatar.
Kebaikan Power up 100%
Sebagai Pengguna Baharu Steemit, saya guna 100% power up. Ini menyenangkan saya terutama untuk UPVOTE para pembaca atau peminat blog saya. Nilai Upvote pun kecil jadi dalam masa yang sama , saya juga menghargai peminat saya. Sudah tentu pembaca saya perlu diberikan ganjaran setakat kemampuan saya. Betul tak.
Bagi saya STEEM POWER saya masih kecil jadi perlu lah saya tingkatkan kuasa saya untuk memikat pembaca yang sudah lama mahupun pembaca yang memerlukan sokongan untuk terus menulis dalam Bahasa. Masih kurang faham..Boleh cuba dan kalau tidak menjadi seperti yang saya gambarkan ..diharap jangan menyalahkan saya..Setiap orang melalui pengalaman yang berbeza.
Diharap sahabat-sahabat Steemit dapat memahami maksud logo tersebut dan memanfaat daripada penjelasan ini. Bersama kita terus berusaha untuk memperkembangkan Bahasa dan menyokong kumpulan Bahasa atau loghat Malaysia.