
Rindu itu menyeksakan, Ia datang dan pergi, Tapi bila difikirkan balik, Rindu itu anugerah dari Tuhan,
Ketika kita merindui si dia, Yang jauh di mata, Kita pinta pada Tuhan, Agar rindu ini sampai kepadanya. Saat itu, kita merasa lega, Kerana rindu itu sudah diluahkan, Kepada Tuhan kita berserah, Agar dia sentiasa dekat pada hati ini, Walau jarak memisahkan kita,
Rindu boleh menjadi indah, Menghargai rindu dengan cara berdoa, Supaya dua hati menjadi dekat, Jadi, usah bilang rindu itu menyeksakan, Kerana rindu itu anugerah dari Tuhan.