Kamu Tahu Apa Itu Affiliate?
Sebenarnya saya pun belum mendalami istilah ini, secara umumnya yang saya baca ianya adalah proses mempromosi produk-produk orang lain dan sebagai ganjaran daripada jualan tersebut, kita akan dapat sedikit komisen berupa wang ringgit.
Ianya sedikit lah~
Betul! Sedikit, tapi dengan membuat promosi secara berterusan itu akan membawa kita kepada peluang untuk mendapatkan lebih banyak jualan hasil daripada promosi yang kita buat. Mungkin sikit tapi lama-lama akan bertambah banyak 🫠
Macam mana buat?
Senang tapi susah! Kenapa pula macam itu?? Sebab untuk mempromosikan produk orang lain adalah senang. Hanya share sahaja link barang yang dijual dan selesai, tapi yang susahnya bukan senang mahu dapat orang klik dan beli barangan yang kita promosi itu 🫠
Dan... terjadilah post ini kenapa saya buat blog mengenai AFFILIATE ini 🙋♂️
Untuk pengetahuan anda, saya sekarang berkerja sebagai pemandu GRAB sepenuh masa, tetapi saya rasa income sebagai pemandu GRAB ini semakin hari semakin berkurang (murah) dan ini telah menjejaskan punca pendapatan saya.
Dipendekkan cerita, saya tidak mahu terus dihimpit dengan ketidaktentuan pendapatan saya sebagai pemandu dan bertujuan untuk mencari jalan lain untuk mencari source of income kedua saya iaitu dengan mengikuti AFFILIATE PROGRAM 🙋♂️
Terus saya daftar 3 tempat untuk buat ini semua iaitu Tiktok/shopee/lazada.
Saya membaca feedback dari orang bahawa buat affiliate ini senang dan besar kemungkinan akan dapat pendapatan yang lumayan 🤩
Tapi... semenjak saya bermula untuk buat affiliate ini, baru ada 5 clicks daripada promosi saya buat dan selepas itu senyap 🤣
Saya pun tidak pasti dimanakah kesilapan saya dalam mempromosikan link affiliate ini kerana 1 closing sale pun belum ada lagi sampai sekarang (5 hari)
Itulah serba sedikit penceritaan blog saya kali ini yang pendek untuk menceritakan proses saya menjadi affiliate ini. Diblog akan datang, saya akan kongsikan lagi update kepada semua rakan 🙋♂️
Doakan saya berjaya ya 🫡
#shopee #lazada #tiktok #affiliate