Jika tinggal di kampung, biasanya bila ada penduduk nak buat kenduri, akan dibuat secara bergotong royong. Namun amalan ini makin pudar ditelan zaman dek arus pembangunan katanya.
Sekarang amat sukar untuk melihat suasana begini terutama dibandar dan perumahan taman. Sepatutnya amalan ini dikekalkan kerana banyak manafaat yang diperolehi seperti mengeratkan silaturrahim, mengurangkan kos belanja, dapat mengenali jiran-jiran tetanga dan banyak lagi kebaikan-kebaikan.