Malam ini saya ingin kongsikan serba sedikit formula untuk membuat pengiraan pendapatan bagi jual beli sesuatu altcoin.
Hari ini saya telah cairkan (jual) sebahagian token Autonio yg saya miliki untuk tujuan pembayaran deposit sebuah kereta. InsyaAllah jika tiada halangan, esok saya akan menguruskan proses jual beli berkenaan & kongsikan dgn sahabat di Steemit.
Nilai token Autonio telah meningkat dengan mendadak pada 2 hari lepas dan saya telah membuat keputusan untuk menjual 1000 token dan menukarkan kepada tunai melalui Remitano.
Walaupun ramai di kalangan kita menggunakan Blockfolio untuk monitor altcoin yang kita ada, ianya tidak menunjukkan nilai ringgit sebenar yang kita akan perolehi kerana adanya fee dalam setiap proses transaksi yang berlaku.
Harga yang ditunjukkan di atas adalah kadar sebenar yang saya dapat setelah menjual token NIO tadi.
Setiap exchange mengenakan fee yang berbeza untuk withdrawal dan deposit.
Biasanya saya akan menukar Bitcoin kepada Ethereum dahulu sebelum pengeluaran, tetapi, untuk hari ini, saya ingin mencuba membuat pengeluaran Bitcoin. Bagi Mercatox, fee minimum untuk pengeluaran Bitcoin adalah 0.0005 BTC, atau bersamaan dengan RM30.
Seperti yang anda dapat lihat dalam screnshot di atas, transaksi yang saya lakukan masih lagi pending semenjak jam 3.30pm tadi dan ketika artikel ini ditulis, jam sudahpun 9.00pm.
Rasanya, inilah kali terakhir saya akan gunakan Bitcoin untuk urusan jual beli di Remitano selagi Bitcoin tidak membuat penambah-baikan dari segi kos dan juga tempoh proses transaksi.