!
Assalamualaikum dan selamat sejahtera kawan-kawan semua di steemit, lama juga sudah saya tidak bersiaran disini kerana kesibukan aktiviti persekolahan. Kali ini saya nak kongsikan imaginasi saya kepada kawan-kawan semua, saya mendapat ilham melukis ini selepas saja saya pulang dari sekolah, saya terfikirkan alam fantasi yang mana terdapat pelbagai mahluk yang cantik samada mereka berjalan diatas darat ataupun mereka terbang bebas di udara.
mula-mula saya lukis gambar seorang puteri yang hidup dan tinggal di alam fantasi ini
nama puteri ini adalah, puteri kembang semangkuk, kerana dia suka pakai kain yang kembang-kembang bagaikan sebuah mangkuk kalau kita lihat dari jauh :)
puteri ini mempunyai ramai kawan-kawan seperti pari-pari dan unicon (kuda bertanduk)
tuan puteri juga ada kawan-kawan yang terdiri dari ikan duyung (maaflah ikan duyung saya semuanya kurus-kurus...kurang makan agaknya, maklumla laut selalu tercemar, ingat tu kawan-kawan, jangan buang sampah di laut tau)
hah, yang ni kawan-kawan...sebenarnya saya pun tak tau mahluk apa yang saya lukis ni, nampaknya macam anak patung mainan dalam cerita CJ7, cerita wayang arahan dan lakunan steven chow..
begitulah cerita didalam lukisan saya kali ini, mungkin dimasa akan datang saya akan berkongsi dengan lukisan yang lebih menarik lagi, diharap kawan-kawan semua suka dengan lukisan saya dan kita akan berjumpa lagi... bye...