Alhamdulillah
Projek Steem Bahasa sudah mula dikenali oleh pengguna steemit. Walaupun kebanyakan ahli di dalam komuniti Steem Bahasa masih berpangkat Plankton tetapi setiap ahli telah memberikan kerjasama yang baik terutama di dalam membantu dan menyokong ahli mereka. Tujuan penubuhan komuniti ini bukan sekadar "join" untuk dapat free upvote, tetapi lebih kepada mengenali rakan ahli, bertukar pendapat, mempelajari cara posting rakan lain dan MEMBESARKAN STEEMPOWER SECARA SEKATA.
Walaupun masih ada pengguna yang berbahasa di luar sana yang mempunyai nilai steempower yang tinggi dan tidak bersama dalam komuniti Steem Bahasa atas sebab sayang dengan memberi vote kepada komuniti plankton seperti Steem Bahasa, ianya tidak mengapa. Anda masih boleh mengikuti perkembangan komuniti ini di dalam Discord Steem Bahasa tanpa mengikuti "Curating Trail" Steem Bahasa. Mungkin dengan inisiatif kecil dari anda dapat memberi sumbangan besar kepada komuniti dari pelbagai aspek.
Asia Tenggara
Steem Bahasa ingin menyatukan 4 buah negara utama dalam 1 bumbung. Kami menyeru pengguna dari:-
Malaysia
Indonesia
Singapore
Brunei
Jangan Anda Berjalan Seorang Diri, Kelak Sesat Merana Diri....
Dengan bergabung bersama Steem Bahasa, kami tidak menjanjikan mimpi yang indah, mahligai bahagia. Tetapi dengan anda berkomuniti, sudah tentu ahli di dalam komuniti akan membantu.
Kiraan Mudah Dalam Komuniti
- 1 ahli dalam komuniti mempunyai SteemPower bawah nilai 100sp akan memberikan nilai upvote 0.01steem jika anda memberikan 100% upvote weight.
- Tetapi jika 1000 orang ahli yang mempunyai SteemPower bawah nilai 100sp, sudah tentu akan memberikan nilai upvote 10steem per vote.
0.01steem x 1000upvote = 10steem
*Kiraan akan dipengaruhi faktor berat vote dan kuasa vote
Tidakkah ia memudahkan anda sebagai pengguna baru dalam steemit?
Pihak kami faham, ramai pengguna steemit yang masih baru untuk faham dalam steemit akan cabut lari selepas 2-3 posting mereka tidak mendapat sambutan.
Saya dan juga rakan ahli komuniti Steem Bahasa juga faham akan perkara ini. Oleh sebab itu kami mengambil langkah kecil kami untuk merancakkan lagi penggunaan steemit bagi kalangan pengguna baru.
Ia benar, kami tidak mempunyai Steem Power yang tinggi untuk bantu anda menggunakan steemit, dan kami bukan dari kalangan whales atau witness. Tetapi hanya langkah ini dapat membantu kita semua membesar secara sekata.
Anda hanya perlu mendaftar sebagai ahli steem bahasa dengan mengikuti Curating Trail bernama steembahasa sahaja. Sangat mudah!!!!
Anda juga diwajibkan menggunakan aplikasi Discord. Anda boleh muat turun aplikasi tersebut di Google Play atau Playstore.
Kemudian anda hanya click link yang kami berikan ini sebagai jemputan untuk menjadi ahli komuniti Steem Bahasa https://discord.gg/ShpwY4m
Anda juga boleh menulis sebarang komen pada ruang posting ini jika ada soalan untuk ditujukan.