Malam ni saya ingin kongsikan satu kisah motivasi buat kwn-kwn yang baru saja menceburi bidang cryptocurrency trading ini.
Saya telah berniat untuk membeli sebuah kereta sekiranya pendapatan saya di dalam cryptocurrency trading mencecah sekurang-kurangnya RM20k dan alhamdulillah, saya berjaya mencapainya pada Disember lepas.
Saya amat bersyukur kerana mencapai satu kejayaan kecil dalam cryptocurrency trading yang telah saya lakukan selama ini. Sepanjang dua hari lepas saya agak sibuk sedikit dengan urusan pembelian kereta dan mengeluarkan hasil trading sepanjang bulan lepas melalui Remitano melalui Bitcoin dengan bantuan TX Accelerator dan juga Ethereum.
Inilah dia kereta yang saya beli semalam & akhirnya telahpun selesai urusan jual belinya dan telahpun dibawa pulang hari ini.
Ini mak saya yang menjadi model di sebelah kereta dan kebetulan beliau menyambut hari jadi pada 9 Januari :)
Matlamat jangka pendek saya adalah untuk konsisten dalam mengemaskini posting di Steemit & meningkatkan SP akaun ini. Selain itu, saya juga telah meletakkan matlamat untuk mencapai keuntungan sekurang-kurangnya RM50k dalam tempoh 3 bulan akan datang sebagai cryptocurrency trader.
Diharapkan kita semua akan terus berusaha & rasanya ada ramai lagi yang lebih berjaya di luar sana, terutama sekali di dalam Steemit ini.