Hi semua!
Tempoh hari ada awayday bersama pasukan bolasepak Selangor di Manjung,Perak menentang pasukan PKNP. Suasana agak kelam tapi menarik untuk menyaksikan perlawanan ini. Walaupon tak ramai tapi kami penyokong pasukan pelawat tetap ada untuk memberikan sokongan dengan jumlah penyokong yang kecil.
Bergerak dari Selangor selepas berbuka dan sampai tepat sepak mula jam 10 malam. Dapat menyaksikan 90 minit perlawanan. Agak keletihan dan penat tapi demi pasukan kegemaran,kita tempuh onak duri dan ia tidak menjadi batu pengahalang untuk kami teruskan semangat ini sehingga akhir hayat.
Majulah sukan untuk negara. Sokonglah bolasepak tempatan!