Tiada 'sinema' dalam Astro Shaw 'Cinematic Universe: The Beginning'. Malah dalam tajuk utamanya tiada satu perkataan Bahasa Melayu yang digunakan. Memang budaya pilih bulu sudah lama wujud dalam industri perfileman negara, walaupun pada saya, seorang pemerhati setahun jagung.
Panas isu tentang Bahasa Melayu dalam perbahasan 'online' berkenaan sistem pendidikan. Tapi dalam 'sinema' tempatan, bahasa nampaknya tidak diendahkan. 'Sinema' pada skrin besar yang sebenarnya adalah satu cabang pendidikan. Namun nampaknya mereka hanya mengejar budaya popular dan kutipan tiket. Atau dalam istilah yang lebih tepat, 'spectacle over substance'.
Sangat jelas 'trailer' Astro Shaw Cinematic Universe: The Beginning menggunakan 'template' popular yang sedap dan ringan pada mata penonton majority, yang telah sekian lama dimanjakan dan dinormalisasikan dengan 'template' yang sama dari MCU.
Tapi ini tahun 2026. Apakah motif industri filem tempatan yang baru mahu meng'adaptasi'kan satu template visual yang sudah hampir 20 tahun umurnya? Apa yang membuatkan ini 'filem' Malaysia selain dari lokasi, pelakon dan bahasa? Mungkin pelabur dan pemberi dana mahukan satu 'working formula' dalam mengaut keuntungan. Tapi mungkin juga hanyalah 'menang sorak' dan jadi 'jaguh kampung', seperti lagi satu filem 'Melayu' pecah panggung yang bertajukkan Bahasa Inggeris.
Tidak jauhnye 'bankrupt' dari ilham seperti Hollywood yang tidak berhenti 'reboot' kerana ketandusan idea. Malah kecut telur mencuba sesuatu yang baru kerana ketakukan tidak pulang modal, sedangkan permulaan MCU dengan Ironman 2008 adalah satu pertaruhan. Tidak salah meniru 'template' tetapi adalah caranya. Jangan jadi 'Pastiche' yang tak jadi atau lebih teruk, 'Kitsch'.
Dalam tajuk 'filem' yang 100% dalam Bahasa Inggeris, ada satu filem tempatan yang 100% dalam Bahasa Melayu sedang berjuang dengan Skim Wajib Tayang. Sempadan garisan yang memisahkan 'sinema' dan 'content' semakin pudar.
Masih ada penjelmaan 'Big Brother' dari filem Gedebe dan 'Gatekeeper' dari Jalan Pintas arahan Nam Ron, walaupun sudah berkali-kali bertukar tampuk kerajaan.