Awas, jangan terpedaya dengan panggilan palsu. Anda tidak perlu takut sebenarnya bila dapat panggilan dari mahkamah, bank negara, polis, bank-bank atau apa-apa badan. Kalau betul anda ada saman, contohnya, pihak mahkamah akan hantar notis bersurat. Bukan dengan hanya call sahaja. Masalahnya, orang kita ni cemas tidak bertempat.
Langkah mudah yang anda boleh buat ialah jangan angkat panggilan yang tidak dikenali atau tamatkan panggilan seperti ini. Terus letak dan blok no tersebut.
Anda tak buat salah, kenapa takut?
Jangan lupa untuk kongsikan info kepada keluarga dan kawan-kawan anda.