Hiburan orang mukmin itu adalah beribadah.Mengingat Tuhan dan mengagungkan-Nya.Berkhidmat
dengan manusia. Memberi, bersedekah,
menolong dan membantu hamba-
hamba Allah Mengbagi-bagikan harta
di kalangan yang patut menerimanya.
Kalau dia tidak dapat menolong orang, hatinya susah.Kerana menolong orang itu adalah hiburannya...
Mendamaikan orang yang bertengkar,
hobinya.Dia terhibur dengan mendamaikan orang yang bermusuhan.
Kalau ada orang yang memberi nasihat.
Atau ada orang mengingatkannya, suka sungguh hatinya.
Lantas dia sayang kepada orang itu.
Kalau dia tidak bisa berkhidmat dengan orang.Lebih-lebih lagi di waktu orang perlukan khidmatnya, susah hatinya.
Dia terasa sangat bersalah dan berdosa.
Kerana hiburan terputus atau tidak bersambung.
Kalau dia melihat ada orang lain mendapat nikmat.Dia pula yang terhibur. Jika ada orang yang kesusahan maka Hatinya akan susah, jiwanya derita dan gelisah.Dia bersungguh-sungguh untuk mengatasinya...
Dia merasa penderitaan orang lain itu adalah penderitaannya. Kesenangan orang lain adalah kesenangannya..
Begitulah hati orang mukmin terhibur dengan berkhidmat kepada orang lain.