# header>quote
Ada waktunya kita berasa cukup kuat dan kental jiwa untuk menempuh segala dugaan yang mendatang,namun ada masanya pula kita cukup lemah dan berasa hampir rebah dalam perjuangan meniti kehidupan.Walau sekuat mana sekalipun zahir dan batin seseorang, sesekali apabila diterjah kenangan yang melukakan pasti akan tertumpah di tubir mata.
Sematkan di hati bahawa ALLAH S.W.T hanya ingin menguji iman kita.Percayalah, kita adalah wanita yang kuat selagi menyakini bahawa ALLAH S.W.T menguji kerana begitu kasihkan hamba-NYA.
Hai Sahabat steemit....
Kadang2,kita cima perlu tadahkan tangan dan syukurkan segala yg sedang kita nikmati.Segala pinjaman yg masih diberi.Dan berhenti meminta sesuatu yg masih belum Tuhan bagi.Kita manusia yg terlalu banyak mahunya,hinggakan kita lupa akan setiap nikmat yg masih di izinkan untuk dirasa.
Tak salah untuk terus berdoa dan meminta tetapi letak juga Redha untuk terima segala ketentuannya.