Perih Cinta inilah yang membuka tabir hasrat pencinta;
Tiada penyakit yang dapat menyamai dukacita hati ini.
Cinta adalah sebuah penyakit kerana berpisah, isyarat
Dan astrolabium rahsia-rahsia Ilahi.
Apakah dari jamur langit ataupun jamur bumi,
Cintalah yang membimbing kita ke Sana pada akhirnya.
Akal ’kan sia-sia bahkan menggelepar ’untuk menerangkan Cinta,
Bagai keldai dalam lumpur; Cinta adalah sang penerang Cinta itu sendiri.
Bukankah matahari yang menyatakan dirinya matahari?
Perhatikanlah ia! Seluruh bukti yang kau cari ada di sana.....