Di kepala Kita disebut Rambut. Di pokok disebut Rambutan - terutama Buah dan Daun nya. Apakah petanda Rambut ditambah an menjadi Rambutan..?
Dulu datuk nenek, mereka guna dan pengetahuan ini diturunkan temurun keturunan. Terutama untuk mengatasi masalah Rambut Beruban. Elak, Rambut Hitam menjadi Putih.
Sekarang orang kaji bahawa Daun Rambutan ada hormon. Peranan Daun Rambutan mampu membantu Buah kelihatan ada rerambut. Rambutan. Secara saintifik Rambutan kandung polifenol, saponin dan tannin.
Dengan itu mampu kah Daun Rambutan menghitamkan Rambut..? Mampu kah Daun Rambutan mengatasi masalah Rambut Beruban..?
Walaupun uban bukanlah masalah serius kepada Saya, namun Saya pernah cuba, dan berhasil.
Caranya:
Petik anggaran 10 helai Daun Rambutan. Saya campurkan Daun Muda dan Daun Tua
Cuci sehingga bersih dan biarkan kering seketika.
Tumbuk sehingga halus dengan lesung batu.
Campurkan sedikit air bersih. Hasilnya memang bancuhan melekit.
Tapis dan sapukan kepada Rambut beruban. Biarkan selama sekitar 30 minit.
Kemudian, cuci rambut dengan air bersih, dan keringkan.
Kekerapan melakukan cara ini boleh seminggu sekali. Ikut keadaan hasilnya untuk tambah atau kurangkan jumlah perlakuan.
Gambar Saya ke kebun belakang rumah cari daun-duan dan Daun Rambutan...