Salaam semua .
Kali ini saya nak tanya sesiapa yang sudah tahu dan boleh berikan jawapan persoalan di bawah.
Sila rujuk Al-Quran Surah Al-An'aam (6) ayat 54 yang berbunyi:
"Apabila orang-orang yang beriman kepada ayat-ayat Kami itu datang kepadamu, maka katakanlah: "Salaamun-alaikum" (سَلاَمٌ عَلَيْكُمْ). Tuhanmu telah menetapkan atas diri-Nya kasih sayang, (yaitu) bahwasanya barang siapa yang berbuat kejahatan di antara kamu lantaran kejahilan, kemudian ia bertobat setelah mengerjakannya dan mengadakan perbaikan, maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang".
Nyata sekali ayat ini, yang amat terang dan jelas maksud nya, mengajar kita cara memberi salam sebagai orang yang beriman. Persoalan nya kita diajar lain sekali oleh ahli ahli agamawan iaitu ASSALAA MUALAIKUM, walaupun ia ada maksud yang sama.
Mengapa ada perbedaan nya dari segi perkataan nya, bukan kah kita sepatut nya mengikut Al-Quran dan tidak membuat apa-apa pengubah suaian.
Bukan kah, ini satu satu nya contoh yang simple dan specific di mana kita telah tersiseh dari Al-Quran. Adakah lagi contoh-contoh sedemikian yang selama lebih 1400 tahun telah di abaikan kebenaran nya, yang salah dianggap benar.
Adakah anda TAHU atau hanya PERCAYA apa sahaja yang di ajar.
Quran sering kali kata "bagi mereka-mereka yang mengetahui"
Semoga Bermanfaat
SALAAMUN ALAIKUM
images credit to Google search.
#nkkb
#teammalaysia Member at Steemit.
#mentormemtee with #zublizainordin and #nkkb
@OriginalWorks #originalworks
https://steemit.com/@originalworks