Tahniah buat team England kerana berjaya ke separuh akhir setelah mengalahkan Sweden dengan jaringan 2-0. Permainan bergaya yang di tunjukan oleh pasukan England menarik hati peminat-peminat di seluruh dunia. England yang memiliki pemain-pemain yang bertaraf bintang tidak mengalami masalah untuk berdepan dengan pasukan Sweden. Mereka akan bertemu pasukan Croatia di peringkat separuh akhir pada 12 Julai ini yang mana di jangkakan akan lebih mencabar. Dapatkah Englang untuk menjulang Piala Dunia kali ini? . Kebanyakan peminat memilih Englang untuk menjuarai edisi kali ini memandangkan pasukan-pasukan bertaraf dunia telah di tunjukan jalan pulang lebih awal seperti Argentina, Spain dan Brazil.