Artikal saya pada kali ini adalah tentang tips untuk menulis blog. Diharap tips ini dapat memberi panduan agar kita dapat menulis blog dengan lebih baik. Pada pendapat saya, kita semua ada kebolehan untuk menulis, cuma kita hanya perlu meneroka potensi diri untuk menjadi seorang penulis yang lebih baik lagi.
Kenali subjek cerita.
Tulis mengenai sesuatu yang kita tahu atau mengalaminya. Kita akan lebih yakin dan lebih berkredibiliti untuk menulis jika tahu subjek cerita.
Tulis ayat ringkas dan mudah difahami.
Pembaca seharusnya tidak perlu bekerja keras untuk memahami apa yang kita tulis. Itu bukanlah salah mereka jika mereka tidak faham sebaliknya ia adalah salah kita kerana menulis struktur ayat yang tidak teratur. Bacalah dengan kuat apa yang telah kita tulis supaya kita dapat mengenal pasti ayat-ayat yang terlalu panjang dan berbelit-belit.
Tulis kepada pembaca
Guna perkataan 'anda' dengan kerap, untuk menyampaikan maksud dengan lebih berkesan. Cari jalan untuk menghapuskan atau mengurangkan perkataan 'saya 'kerana pembaca akan lebih terdorong apabila merasakan bahawa kita sedang bercakap dengan mereka.
Bercerita
Cerita kita adalah yang terbaik. Apa yang kita hendak kongsikan kepada orang lain adalah pengalaman dan kebijaksanaan dari sudut pandangan kita. Selain itu, kita dapat mengilustrasikannya dengan lebih baik kerana kita bercerita dari pengalaman diri sendiri.
Bercakap.
Tulis seperti mana kita hendak bercakap dengan betul. Kerap kali kita lihat, mereka yang mempunyai kemahiran bercakap cuba mengubah gaya bahasa mereka di dalam penulisan dan ia tidak berjaya. Adalah lebih baik jika kita "bercakap" dalam penulisan kita.
Mudah dan tidak bosan
Sampaikan maksud kita dengan cepat dan tepat. Mereka tidak perlu bersetuju dengan pendapat kita tetapi sekurang-kurangnya mereka hendaklah tertarik dengan apa yang kita tulis.
Lukiskan gambar
Kita menulis dengan cara melukis gambar di dalam fikiran pembaca. Terangkan sesuatu yang asing dengan cara yang lazim. Contoh, " perjumpaan keluarga pada hari ini mengingatkannya kejadian yang berlaku ketika ia masih kecil" atau " cuba bayangkan pada malam tersebut, ditemani dengan cahaya lilin, kelihatan bayangan hitam yang aneh di sebalik langsir bergerak dengan perlahan-lahan ke arah kami."...
Banyakkan menulis dan membaca.
If you want to be a writer, you must do two things above all others: read a lot and write a lot. There's no way around these two things that I'm aware of, no shortcut.
Stephan King
Lakaran
Inspirasi lukisan saya pada kali ini adalah jari tangan kerana tanpa jari kita tidak dapat menulis blog atau kita tidak dapat melakukan aktiviti harian.
Saya sertakan langka-langka untuk melukis jari dalam bentuk 3D.
Walaaa.. Inilah lukisan tangan 3D yang dilakar oleh saya.
Buah Cempedak Di Luar Pagar,
Ambil Galah Tolong Jolokkan,
Saya Budak Baru Belajar,
Kalau Salah Tolong Tunjukkan.
Don't forget to check out my most recent steemit tutorial post. Thank you 😊
Bundle clothes is a great choice.
Kalanchoe Bossfeldiana aka bunga setawar