Mencipta sesuatu yang kreatif
Ciptaan sesuatu yang kreatif bukan senang untuk diilhamkan. Jangan kata melukis itu senang sebab ada kadang kala idea untuk melukis pun akan jadi buntu sebabnya kerap kali membuat perkara yang sama iaitu melukis. Melukis ada bermacam macam cara seperti melukis potret, melukis lukisan abstrak, melukis bangunan, melukis corak bunga dan pendek kata melukis tidak ada sempadan selagi inspirasi dan kemahuan untuk terus merealisasikan impian atau gambaran yang diidamkan.
Seringkali hasil seni dipandang rendah. Salah satu sebab adalah kewujudan teknologi digital dan mesin-mesin yang membolehkan kita mencetak dan membuat salinan dengan pantas. Kewujudan seumpama ini juga meyenangkan penyalinan dengan jumlah yang banyak.
Namun tidak dinafikan dengan wujud teknologi seumpama dapat membantu penghasilan seni yang sempurna akan tetapi seni kreatif adalah kemahiran yang tersendiri.Hasil seni yang kreatif lah yang akan melonjakkan sesuatu lukisan yang amat bernilai tinggi. Di negara Malaysia masih kurang seni kreatif yang dapat kita saksikan dan adakah penggiat seni kreatif memang tidak wujud sama sekali di Malaysia.
Kita seringkali terpegun hasil seni diluar negara terutama sekali jiran jiran negara asia. Dimanakah sudah semua pelukis, pereka, pencipta dan semua para penggiat seni kreatif. Diharap memberi harapan kepada penggiat seni kreatif di Malaysia untuk mempersembahkan sejarah karya mereka dan dapat diabadikan di sebuah taman seperti tugu negara atau taman kesenian kreatif yang terunggul di Malaysia.
Ada satu tempat di Puchong yang dikenali dengan Setia Walk. Tempat ini selalu dikunjungi pada waktu bekerja disebabkan tempat ini adalah komersial dan pejabat pejabat yang berpusat diantara Putrajaya dan Kuala Lumpur. Pada waktu malam tempat ini juga meriah , tempat ini akan dikunjungi oleh golongan pekerja yang baru selesai kerja dan mahu sembang santai bersama dengan klien. Restoran makanan juga banyak disini dan bagi sesiapa yang meminati minuman akohol tempat ini juga ada disini.
Waktu saya berkunjung ke Setia Walk pada waktu itu adalah hari cuti umum sempena tahun baru cina. Jadi tempat ini kurang lah pengunjung dan saya pun ambil lah kesempatan berjalan di sekitar kawasan Setia Walk. Dalam saya berjalan saya terpegun dengan satu replika Alien arca. Memang saya kagum hasil kerja pengimpal seni arca tersebut. Setiap besi dan nut nut memang tersusun sehingga arca tersebut membentuk seperti yang diidamkan.Alien vs Predator adalah popular di sekitar pertengahan tahun 2004.
Sempat juga saya mengambil gambar gambar tersebut untuk saya kongsi bersama dengan penggiat seni dan kepada sesiapa yang akan berkunjung ke Setia Walk.