Sebelum saya ceritakan tentang makan malam di D'Place Kinabalu, saya akan ceritakan tentang BBS dahulu.
Hari yang ditunggu-tunggu untuk Borneo Blockchain Summit telah pun tiba. Kami semua sangat teruja dan pada masa yang sama kami dapat mempelajari sesuatu serta dapat memahami apa itu Blockchain.
Sebenarnya Borneo Blockchain Summit ini tidak akan dapat dilaksanakan tanpa Steem Ambassador ini, iaitu:
,
selaku pengasas #steemxp
- serta satu-satunya Witness dari Malaysia iaitu
selaku pengasas #teammalaysia.
Mereka telah memikul tanggungjawab 110% demi untuk menjayakan program Borneo Blockchain Summit (BBS).
Tujuan utama Borneo Blockchain Summit ini adalah untuk mendidik dan memberi pengetahuan mengenai Teknologi Blockchain kepada orang ramai supaya tidak tertipu dengan SCAM dan MLM.
Cheers dan syabas kepada semua volunteers dari #steemxp #teammalaysia kerana telah bersama-sama melakukan yang terbaik semasa program itu dijalankan. Tidak lupa juga kepada partner dan penaja, terima kasih kerana sudi menaja BBS sehingga program ini berjaya dilaksanakan.
Oyaa,.... Seperti rakan-rakan steemian yang lain, saya juga telah ditanya mengenai steemit oleh seorang peserta BBS iaitu En. Sopian dari Brunei. Dia sangat berminat dengan steemit dan sempat memberi kad namanya kepada saya supaya dapat berinteraksi mengenainya di masa yang lain.
Setelah Borneo Blockchain Summit selesai, pada malam itu kami telah pergi makan malam di, D'Place Kinabalu yang menyajikan pelbagai makanan tempatan negeri Sabah. Saya membayar sebanyak 13 steem khas untuk makan malam ini. Adakah 13 steem itu berbaloi? Mari kita tengok gambar-gambar ini.
Ya, 13 steem sangat berbaloi kerana entertainment dan makanan yang sedap. Apa yang paling penting ialah moment kenangan bersama-sama dengan steemian yang lain.
Posted from my blog with SteemPress : http://arwine.vornix.blog/2018/09/11/borneo-blockchain-summit-13-steem-for-dplace-kinabalu/