Hari ini guru kelas kami telah mengur John (ketua darjah) kerana kelas begitu kotor. Cikgu Kartika selaku guru kelas 6 Bestari merasa sangat kecewa kerana kelas itu tidak ceria dan kotor.
Pada waktu rehat, John meminta semua ahli kelas berkumpul dan berbincang bagaimana hendak mengatasi masalah tersebut. Kami semua telah memberikan pelbagai-bagai idea.
Beberapa ketetapan telah dibuat. Nadzril dan Ayu diberikan tugas untuk memantau setiap ahli untuk membuat tugas. Manakalah Evy akan membuat jadual tugas bagi setiap pelajar yang ada di dalam kelas.
Sebelum balik dari sekolah, kami mula membersih dan menghias kelas. Seperti berat sama dipikul ringan sama dijinjing akhirnya kelas kami kelihatan bersih dan kemas.
Cikgu Kartika amat grmbira melihat perubahan pada kelas kami dan beliau memuji sikap bekerjasama yang dipupuk semasa melakukan aktiviti membersihkan kelas.
Sekian dan terima kasih.