Sekarang, harga barang keperluan harian semakin mahal dan ia merunsingkan kita. Oleh itu, senario ini mesti dikawal dengan langkah-langkah yang berikut.
Kerajaan harus mengenakan denda kepada peniaga yang tamak kerana mereka berkelakuan seperti "kaut laba dengan siku". Sebagai contoh, sesetengah peniaga sedang menaikkan harga barangan apabila stok telah kurang di pasaran. Akibatnya, orang ramai akan berebut membeli kerana takut kehabisan barang dan ini boleh menyebabkan mereka membelanja lebih kerana mereka menghabiskan banyak wang semasa membeli barang.
Selain itu, pemeriksaan pihak berkuasa adalah satu langkah penting untuk membendung masalah kenaikan harga barangan. Mereka juga harus membuat pemeriksaan di premis perniagaan dan memantau harga barangan. Melalui cara ini, peniaga tidak mempunyai peluang untuk menipu pembeli.
Selain itu, kerajaan perlu menghentikan pengimportan barangan dari luar negara. Orang ramai sepatutnya menyokong barangan buatan Malaysia dan menyedari bahawa hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri.
Kesimpulannya ialah kenaikan harga barangan dapat dikawal jika semua pihak bekerjasama untuk menyelesaikannya. Dengan cara ini, kita mesti berpegang pada prinsip bersatu kita teguh, bercerai kita roboh.
Siapakah kami?
Kami ialah Amber dan Grace. Kami ialah pelajar sekolah menengah. Ini ialah hp kakak kami. Kami akan menulis karangan dalam Bahasa Melayu dan Bahasa English di blog ini. Dengan cara ini kami dapat memperbaiki mutu karangan, disamping itu kami akan mendapat extra duit untuk membeli sebuah komputer atau laptop.
Sebagai seorang pelajar, komputer amatlah diperlukan untuk menyiapkan kerja sekolah atau projek. Kami harap impian untuk mendapatkan sebuah komputer dapat dicapai melalui penulisan di Steemit.
Terima kasih kerana membaca karangan kami dan menyokong kami di sini. Terima kasih ☺.
Yang benar,
Amber & Grace