Selamat sejahtera kepada ahli-ahli steemit , siapa yang raja steam gaming confirm tau pasal PUBG , yang menang winner-winner chicken dinner dan yang kalah back to lobby dan ulang kembali proses payung terjun. Ok sebelum ini saya minta maaf jika nampak gaya nya seperti 'otai' but seriously posting saya pada kali ini jujur 100%
Ok apakah kesinambungan saya maksudkan steemit dan pubg ialah konsistensi ....dalam dunia PUBG , hanya satu sahaja pemenang dan para gamers harus tahan dari segi mental , taktikal, adil, bijak dan kerjasama dalam squad serta memerlukan tahap kesabaran yang tinggi , begitu juga dalam dunia STEEMIT kita seharusnya memerlukan konsistensi , perancangan sebelum menulis sesuatu dan paling penting ialah TUJUAN dalam dunia steemit.
Point ini hanyalah berdasarkan pandangan peribadi saya,
- Sebagai contoh , dalam situasi saya sebagai plankton , i act like a plankton but i do like a rockstar yang bermaksud disini posting saya boleh saya katakan 80% berkisarkan tentang arena muzik underground/mainstream, alat muzik yang saya gunakan , dan review band-band local mahupun sekitar kota kinabalu , Malaysia dan seluruh dunia. Saya memilih tajuk muzik sebagai bahan bualan harian saya kerana itulah bidang yang saya minat dan saya lebih selesa.
kkMusic komuniti 2013
komuniti
Dalam dunia steemit ,komunikasi dikalangan komuniti adalah salah satu cara untuk kita untuk berkembang dengan lebih cepat , ok saya bagi contoh dikalangan steemians #teammalaysia sebagai salah satu contoh yang patut diambil ,penuh informatif , saling tegur menegur dan memberikan peluang kepada ahli-ahlia steemians yang baru untuk berkembang(i will not forget all of you yang pernah tolong) , begitu juga bila saya dikalangan rakan-rakan pemuzik saya cuba memberikan pendedahan tentang kegunaan steemit atleast selain berhubung di media sosial yang lain , dengan perlahan-lahan saya berharap lebih variasi lagi ahli-ahli pemuzik dalam steemit untuk meluaskan jaringan muzik(trending).
image sources
TUJUAN
Ok tujuan utama dalam steemit terpulang dari hati masing-masing , setiap orang ada agenda tersendiri dan baik buruknya terpulang dengan diri juga , sebagai contoh tujuan saya dalam steemit ialah :
STEEM POWER
Steem power(sp) , pada masa ini saya lebih mementingkan steem power agar rakan-rakan sekeliling saya juga turut serta lebih bersemangat dalam penggunaan steemit , secara psikologinya makin naik steem power bermakna voting power kita pun makin naik dan jikalau komuniti sekitar kita menerapkan cara tersebut, based on my calculation untuk mencapai ke Minnow 500SP akan lebih cepat daripada sebelumnya .
Memperbaiki tahap penulisan/karangan
ia juga salah satu sebab saya meneruskan penulisan kadangkala English kadangkala dalam bahasa , tetapi buat masa sekarang English menjadi keutamaan saya untuk saya perbaiki dan selain itu juga secara tidak sedar lama-kelamaan kita boleh pertingkatkan usaha diri untuk penulisan yang matang.
Be yourself
Adalah lebih baik jadi diri sendiri , biar audience menilai suka atau tak tentang kita. If you try to be others then you will lost a part of you.
Cabaran
Cabaran dalam steemit? bagi saya paling susah ialah untuk konsisten , terlalu memikirkan SBD SBD SBD . . bagi saya bagaimana cara diri saya mengatasi hal tersebut ialah :
- Platform steemit digunakan untuk menyampaikan info-info berguna , muzik serta hobi berkaitan dengan apa yang kita minat.
- cuba berkomunikasi secara positif dengan ahli steemit yang lain dan secara tidak langsung mungkin boleh jadi teman kopi O di kedai Mamak mungkin?.. haha
- Set target steem power goal untuk dicapai... catat dibuku setiap hari/minggu/bulan berapa target.
- cerita tidak memberangsangkan? , jangan mengalah..keep on going and improve ourselves.
Sekian posting saya pada hari ini mungkin agak kelaut daripada biasa , cuma ini based on apa yang saya rasakan sebagai ahli steemit yang baru memasuki hari ke 40+ .. sebagai manusia biasa kadangkala i break my words but thanks to punya semangat bagi kawkaw but in less sugar(jaga kesihatan nanti kencing manis)
By the way all my fellow steemians there's long way to go and steem power on!!
If you find this useful , don't forget to upvote/comment/resteem/follow