Kanak-kanak lebih fokus
Kemahiran berfikir
Kemahiran sosial dan emosi
Dapat melatih kanak-kanak untuk menerima pandangan dan pendapat orang lain mengenai hasil karya dan kerja mereka selain dapat membantu anak-anak belajar mematuhi peraturan dan arahan.
Mewarna
Sebagai seorang ibu, saya selalu melakukan aktiviti bersama anak-anak dan minggu ini saya telah melakukan aktiviti mewarna. Idea mewarna ini terhasil kerana saya selalu melihat blog . Setiap kali membaca blognya, saya selalu merasa kagum dengan cerita dan hasil lukisan yang dilakukannya, ia membuatkan saya lebih bersemangat dan ingin mencubanya.
Akhirnya minggu ini, saya dapat melakukan aktiviti mewarna bersama anak-anak dan saya amat berpuas hati dengan hasilnya.
Saya telah cuba mewarna lukisan yang tidak siap dan saya faham kenapa mereka tidak siap mewarna. Saya rasa mengantuk ketika mewarna 😂 tetapi saya cuba untuk siapkan juga.. Akhirnya saya berjaya :)
Inilah Hasilnya
Saya bukanlah seorang "artists", tetapi ada pepatah mengatakan "Dimana ada kemahuan disitu ada jalan" dan "Umur bukanlah penghalang untuk belajar" :).