Hi Steemians,
Hari ini saya akan menulis sambungan untuk artikel kelmarin iaitu Aktiviti Melipat dan Menggunting: Part 1
Kelmarin saya telah menunjukkan cara untuk membuat daun dan petal bunga. Hari ini saya akan menunjukkan bagaimanakah menyusun daun dan petal tersebut supaya menjadi bunga.
Sebelum itu, sekali lagi saya akan ajarkan melipat daun dengan cara yang paling senang.
Bahan-Bahan
- Kertas warna
- Gunting
- Gam
Cara-cara melipat daun.
- Gunakan kertas segi empat sama. Kemudian guntingkan sepaya menjadi bentuk segi tiga.
- Lipatkan kertas seperti dalam gambar.
- Kemudian bentukkan kertas itu menjadi seperti daun. Sila rujuk pada gambar.
Anda boleh membuat pelbagai bentuk bunga dengan kaedah diatas. Namun begitu, anda perlulah merancang terlebih dahulu apakah jenis bunga yang anda ingin hasilkan supaya kesemua kertas adalah cukup.
Gambar-gambar dibawah bentuk objek yang telah saya hasilkan dengan menggunakan kaedah lipatan dan menggunting ini. Saya harap dengan melihat gambar ini, anda akan mendapat pelbagai ilham.
Selamat mencuba :)