Jangan salahkan anak-anak jika mereka kurang berkomunikasi dengan anda tetapi aktif berkomunikasi dengan orang lain. Biasanya perkara itu terjadi kerana sikap ibubapa yang suka bercakap kasar dan tidak menghiraukan perasaan anak-anak.
Ketika anak-anak hendak berkomunikasi, anda melayan mereka dengan sambil lewa. Contohnya: mengangguk-angguk sahaja sambil memegang telefon bimbit dan melayari Facebook, apabila anak anda hendak bertanya atau menunjukkan sesuatu.
Jika anak anda bersikap sedemikian, itu adalah tugas anda untuk menyiasat, meneroka, mengetahui apa terjadi.
Luangkan masa untuk mendengar apa pendapat mereka dan yang penting sekali, jelaskan mengapa anda betul dan tidak setuju dengan jelas dan tenang.
Semasa mendengar pendapat mereka, pandanglah ke arah mereka dan bersedia untuk memberi perhatian. Kadang-kadang remaja berfikir bahawa pemikiran dan idea mereka tidak diambil serius oleh itu mereka mungkin akan berfikiran negatif tentang riaksi anda. Jika situasi ini berterusan sehingga mereka dewasa, lama-kelamaan mereka akan bersikap dingin kepada anda.
Ketika berkomunikasi gunakan nada suara yang lembut, tenang dan mesra bukannya berleter dan kesat Berkomunikasilah seperti anda adalah kawan mereka. Kadang-kadang remaja berfikir bahawa ibu bapa tidak memahami mereka sehingga sukar untuk berinteraksi.
Semasa berkomunikasi dengan mereka, pastikan suasana itu tidak berada dalam keadaan yang serius atau tegang sepanjang masa. Selitkan jenaka/humor anda, tetapi jangan keterlaluan sehingga menjejaskan suasana hari itu.
Jika anda sedang menerangkan atau menasihati mereka, jangan bandingkan mereka dengan remaja yang lain. Ini boleh membuatkan mereka merasa rendah diri dan rasa tidak diperlukan.
Luangkan masa untuk melakukan aktiviti yang menyeronokkan dengan mereka. Dengan cara ini, hubungan anda dengan anak-anak akan lebih mesra dan dapat dieratkan lagi serta komunikasi akan lebih bertambah baik.
Kesimpulan
Kita haruslah sentiasa peka terhadap perubahan kelakuan anak-anak. Komunikasi yang baik dapat membentuk personaliti yang positif dan akhirnya mereka akan menjadi orang dewasa yang berani serta yakin pada diri sendiri.
Who am I?
As I mentioned in my profile, I use this blog to share some tips and tricks. I also share my life stories, discoveries, questions, and drawings.
If you want to know what I'm doing, here are some facts about me:
- My name is Angela.
- I have 3 amazing kids!
- Flowers and kids love me.. :)
- I never say no to cheesecake.
- Did I mention I love flowers?
- I believe life is too short to worry about being a bad singer.
- In reality, I’m a very shy girl and I’m actually nice.
- I always looking to try and learn new things but I never really master anything..Lol
- I believe in kindness, empathy and always making time to listen to a friend.
- For me, my family comes first. That makes every decision very easy.