Proses lukisan dengan menggunakan cat air
Hello apa khabar semua! Saya harap semuanya baik di mana saja anda berada. Untuk pengetahuan kamu semua kali terakhir saya memegang berus warna adalah ketika saya berada di tingkatan 5 iaitu 21 tahun yang lalu. Tetapi masih belum terlambat untuk belajar melukis kan. :)
So, hari ini saya melukis bulan purnama dengan menggunakannya cat warna jenama Buncho dan kertas biasa. (saya tidak ada kertas lukisan khas untuk cat air 😅)
Sebelum mewarna, saya lakarkan bentuk bulatan untuk bulan. Selepas itu saya mula mewarna.
Saya menggunakan warna biru dan sedikit warna merah untuk mendapatkan warna ungu. Saya mewarnakan seluruh kertas kecuali bulatan untuk bulan. Kemudian saya keringkan kertas itu.
Setelah kering, saya mula mewarna untuk lapisan yang ke-2 iaitu saya menggunakannya warna biru dicampur dengan sedikit warna hitam untuk mendapatkan kesan gelap. Kemudian saya mula membentuk awan dengan menggunakan warna biru muda dan warna putih.
Selepas itu, saya mulakan proses mewarna untuk lapisan yang ke tiga. Sebelum warna itu kering, saya cuba untuk membentuk awan dengan mencampurkan warna putih, biru muda dan biru tua kemudian biarkan ia kering.
Setelah warna itu kering, saya mula melukis pokok kayu dangan menggunakan warna hitam.
Walaaa... Inilah hasilnya :)
Don't forget to check out my most recent steemit blog post. Thank you 😊
Sabah Steemians "Steemit RiverCruise Gathering"
Jangan hilang kawalan ketika membeli-belah
Tips untuk penulisan yang lebih baik
Bundle clothes is a great choice.
Kalanchoe Bossfeldiana aka bunga setawar
P/s:
Cerita kehidupan,
Saya akan menulisnya di blog post yang seterusnya nanti. Banyak yang hendak di edit.
Terima kasih kerana membacanya :)