Argghh... Cuaca sangat panas. Air-con dirumah tidak dapat melawan dengan cuaca panas di luar. Dengan secara rasminya saya akan membatalkan aktiviti untuk berjoging di luar rumah pada hari ini. Tidak apa, esok masih ada š¬.
Segala aktiviti yang saya rancang untuk hari ini tidak berjalan dengan lancar. Sepatutnya hari ini saya diet, tetapi tidak tahan dengan godaan aiskrim š. Cuaca yang sangat panas menyebabkan saya tidak berfikir kedua kali untuk memakan aiskrim.
Hari ini saya berehat di rumah sepanjang hari kerana anak pertama saya sedang demam, selesema, batuk dan gastrik dan muntah-muntah. Saya tertanya-tanya adakah cuaca yang terlalu panas ini yang menyebabkan ia demam?
Saya telah membawanya untuk berjumpa dengan doktor semalam. Doktor memberi 1 hari cuti sakit. Pada pendapat saya, cuti untuk sehari belum cukup kerana keadaanya sangat lemah.. Nampaknya dia terpaksa untuk bercuti untuk keesokan harinya.
Saya telah membaca satu artikel bahawa cuaca panas di Sarawak lebih 50 darjah celsius Wahhhš±š±... Saya fikir berita itu memang benar kerana, cuaca sekarang pun sangat panas. Sehingga kepala saya sakit. šµšµ
Saya mengambil kesempatan ini untuk menasihati sesiapa sahaja yang membaca artikel ini,
- minum air banyak-banyak
- jangan membuat aktiviti diluar, nanti kena strok haba.
- jika anda sakit, jumpalah doktor.
- jika anda berada di bawah matahari yang panas, jangan meminum air sejuk.
- jangan membakar
- jika anda merokok, jangan membuang rokok di merata-rata tempat, kerana dengan keadaan cuaca yang panas ini kebakaran senang terjadi.
Itu saja coretan saya pada kali ini, sehingga berjumpa lagi di artikel yang akan datang. Sekian dan terima kasih.