Hai, selamat pagi!! Cuaca yang indah di sini kota kinabalu, Sabah Borneo Malaysia. (valid till 10.45 A.M waktu malaysia) Terima kasih kerana melawat blog saya dan selamat membaca!
Harini saya akan berkongsi tentang kesihatan dan penyakit. Setiap kita pasti pernah mengalami satu keadaan dimana tubuh badan kita tidak cergas atau tidak sihat(sakit).
Pada masa kini kita sangat gerun dengan penyakit yang boleh membawa maut seperti penyakit jantung, tibi paru-paru, HIV/AIDS dan mungkin kanser. Sehingga menyebabkan kita lalai atau tidak sedar untuk mengetahui penyakit-penyakit yang tidak popular tetapi boleh memudaratkan kesihatan.
Warts atau ketuat merupakan sejenis penyakit kulit yang disebabkan oleh VIRUS Human Papilloma (HPV) yang mana kawasan dijangkiti menjadi keras, kasar dan timbul menonjol.
Google source
Google source
Kenapa penyakit ini perlu diberi perhatian?
Hal ini kerana ketuat mampu merebak dan menjangkiti orang lain melalui sentuhan sahaja, apatah lagi jika ianya di biarkan berlarutan.
Siapa yang boleh di jangkiti?semua golongan umur dan jantina boleh dijangkiti.Bahagian tubuh yang sering dijangkiti adalah tangan, jari,dan kaki. Tetapi, ketuat juga boleh berada di bahagian-bahagian tubuh seperti lidah, mata, kepala dan alat sulit.
Terdapat beberapa jenis warts atau ketuat iaitu ketuat biasa, ketuat kaki, ketuat planar, ketuat filiform dan ketuat kelamin.
Ketuat biasa atau common wart
Bahagian yang dijangkiti akan timbul, biasanya berbentuk bulat dan mempunyai permukaan yang kasar dan keras pada bahagian tangan.Ketuat kaki atau plantar wart
Bonjolan daging keras dan kasar yang timbul pada bahagian tapak kaki. Biasanya pada menerima beban apabila berjalan atau berlari. Pengalaman saya, ketuat jenis ini biasanya menyebabkan kesakitan atau menimbulkan rasa tidak selesa apabila berpijak dengan kaki yang dijangkiti. Akibat daripda tekanan yang berterusan, mungkin boleh menyebabkan pendarahan kecil sekaligus terdapat titik hitam pada permukaannya.Ketuat filiform
Ketuat jenis ini m biasanya keras dan kasar yang panjang seperti jari. Selalunya ketuat ini timbul pada bahagian sekeliling kelopak mata, muka dan leher.Ketuat planar
Ketuat ini mungkin sukar di kesan oleh pesakit jika ianya berbentuk kecil kerana ketuat ini berbentuk biji-biji leper dipermukaan kulit, dan bewarna seakan-akan warna kulit. Bisanya timbul di permukaan kulit yang lembut.ketuat kelamin
Ketuat jenis ini sangat bahaya, kerana cepat merebak. Ketuat ini juga bahaya kepada wanita kerana berpotensi berubah menjadi barah, terutamanya barah pangkal rahim.
Ketuat kelamin merujuk kepada bonjolan daging lembut, lembab dan tidak sakit pada alat kelamin lelaki dan wanita. Ketuat kelamin biasanya bewarna merah jambu atau keperangan dan boleh tumbuh di atas zakar atau pun batang alat sulit lelaki(gland penis), bibir faraj, kawasan dubur, dan kadang-kala pada faraj wanita.
Google source (ketuat kelamin-penis)
Google source (ketuat kelamin-vagina)
Google source( ketuat kelamin- anal/dubur)
For English version click link below👇
http://www.warts.org/types-of-warts.html
Kurangnya kebersihan diri dikatakan punca utama penyakit ini berlaku. Namun, mereka yang mempunyai masalah kurang daya tahan diri seperti mengidap HIV/AIDS atau sistem pertahanan kulit yang lemah lebih mudah dijangkiti jangkitan ketuat.
Bolehkah warts atau ketuat di ubati?
Jawapanya sememangnya boleh. Dengan arus teknologi yang sangat maju ini, terdapat beberapa rawatan yang iaitu,
- Asid salicylic. (semua ketuat)
- Cryoterapi (semua ketuat)
- Podophyllin (rawatan ketuat kelamin)
- Tricholoacetic acid (rawatan ketuat kelamin)
- Laser. (jarang digunakan)
Asid salicylic mungkin rawatan yang popular dikalangan masyarakat kerana mudah untuk didapati di kedai-kedai farmasi. Namun rawatan jenis ini hanya 70-80% berkesan bergantung kepada jenis ketuat.
Google source (salicylic acid)
Namun kaedah rawatan cryotherapi adalah yang kaedah yang terbaik.Cryoterapi mempunyai sehingga suhu -196ºC menyebabkan sel-sel ketuat mati. Tetapi memerlukan rawatan ulangan setiap 1-4 minggu sehingga baik keseluruhannaya.
Tetapi mungkin kaedah cryoterapi ini hanya terdapat di hospital-hospital besar menyebabkan orang yang tinggal jauh dari hospital susah untuk datang mendapatkan rawatan.
Walaubagaimanapun, kita mungkin boleh mencuba pelbagai kaedah tradisional mengikut kepercayaan masing-masing. Jika kaedaan berlarutan dan tidak sembuh, segeralah datang ke klinik atau hospital berdekatan anda untuk tujuan rawatan lanjut.
Google source
Google source
Google source( cryoterapi)
Maklumat lanjut tentang terapi cryo(cryotherapy)👉https://en.m.wikipedia.org/wiki/Cryotherapy
Bagi rawatan penyakit ketuat kelamin, anda harus segera berjumpa doktor. Hal ini kerana, doktor mungkin perlu melakukan pemeriksaan lebih lanjut seperti ujian darah dan kaedah rawatan mungkin pelbagai.
Thank you for visit my blog! More about me soon!
Chanel.
Do follow me