Kg Buayan merupakan di antara perkampungan yang ada di sekitar banjaran Croker. Sebenarnya kampung ini tidak jauh dari bandar Penampang, hanya sekitar 35KM sahaja. Kampung ini terkenal dalam kalangan penggemar aktiviti lasak seperti hiking kerana berada di laluan garam (Salt Trail).
Jambatan gantung ini sebenarnya kasi sambung antara dua daerah, Penampang dan Papar dan sungai ini sebenarnya hulu sungai Papar.
Pasal laluan garam (salt trail) pula, dia ada sejarah sendiri. Trail ni sebenarnya menghubungkan Kg Tikolod Tambunan dan Kg Inobong Penampang. Orang dulu-dulu guna ini laluan untuk pigi tamu inobong penampang untuk membeli garam. jadi dari itulah ini laluan kena kasi nama laluan garam.
Ini kena panggil sulap (pondok), biasanya tempat simpan padi dan tempat persinggahan semasa turun pigi sawah atau ladang.
aktiviti ekonomi utama orang sini adalah pertanian, kalau cakap pasal duit durang memang kurang la, tapi kalau cakap pasal makanan atau sumber makanan durang paling kaya. kalau harga minyak naik ka, harga beras naik ka, harga gula naik ka durang tidak risau dan tidak berapa terkesan. tapi kalau harga garam naik durang risau... cuba kamu teka kenapa durang pentingkan garam. heheheheh
fungsi sungai pada komuniti disini sangat penting, saya boleh cakap sungai ini umpama peti sejuk bagi durang... kalau kamu mau ikan, kurang setengah jam durang bawa ikan polian, sarawi, barob dalam beberapa kilo yang masi hidup untuk kamu.....
Hutan dan rimba pula umpama pasar bagi durang. senang dapat daging, herba, sayur dan banyak lagi. syiok kan kehidupan durang.
Saya suda bertugas di tempat durang mau 5 tahun, walaupun jalan sangat susah tapi hidup sangat simple dan back to the basic life style..
banyak lagi saya mau share ba ni.. tapi takut bateri ... sebab kampung ni tiada bekalan elektrik.. padahal sebelah saja tu bandar kota kinabalu....
antara jadi mangsa atau pemangsa... Pusas durang bilang.....
Jumpa lagi di post akan datang.