hello steemian's..
post hari ini..saya ingin berkongsi sedikit pasal mangavol/tenunan baju tradisi rungus
suku kaum rungus terkenal dengan kebudayaannya yang asli dan unik.
pakaian tradisional suku kaum rungus adalah hasil tenunan tangan dengan mengunakan kapas yang dikenali sebagai kapok/gapas yang dijadikan benang.
suku kaum rungus juga memilih warna hitam sebagai warna tradisi kerana pada asalnya warna hitam dipercayai dapat melindungi c pemakai daripada makhluk makhluk halus yang jahat.
hari ini, saya amat berbesar hati kerana dipilih sendiri oleh untie saya supaya belajar dan meneruskan warisan tradisi mangavol/tenunan pakaian tradisi suku kaum rungus ini.
dan pada hari pertama saya belajar serta melihat sendiri peralatan yang digunakan bagi menghasilkan setiap tenunan.
melihat setiap corak motif yang terdapat pada pakaian tradisi ini, yang mana motif-motif yang digunakan berunsurkan bentuk binatang, manusia, senjata dan tumbuh tumbuhan.
terima kasih