Hello steemian..
Motif inugarang berasal dari suku kaum Rungus, adalah spesis cicak hutan atau kebiasaannya di Sabah ini kami panggil belingkarung/bangkarung kalau dalam bahasa Rungus bilang Tugarang la😃
motif ini kebiasaannya boleh dilihat pada pakaian tradisi lelaki dan wanita suku kaum rungus.
dan ini adalah beberapa jenis motif Inugarang yang lain.
North Borneo Tattoo Revival (Simpapak)
saya dan sedang membuat kajian dan lukis pada masa ini , adalah untuk mempromosikan motif yang terdapat di Sabah ini kerana hampir kesemua motif ini juga amat sesuai untuk kami gunakan untuk memperkenalkan dalam Traditional Simpapak /Tattoo kepada pelancong ataupun kepada sesiapa sahaja yang berminat.
Nantapuan motif murut . bermaksud mengambarkan dua orang lelaki dan dua wanita setelah penat bekerja seharian di ladang mereka duduk bersama sama sambil minum tapai dalam tajau(siopon) atau aramitiiii 😆
semua kompilasi North Borneo Motif ini tidak mempunyi sebarang maksud tertentu lebih lagi berkenaan tentang head hunter seperti motif yang terdapat di sarawak . tetapi north borneo motif lebih berkait rapat dengan flora dan fauna.
kounsapatan / terima kasih😉
upvote resteem follow