Assalammualaikum warga steemian dan selamat menyambut ramadhan ke 16. Tengok pada tajuk je mesti ada yang dapat teka musibah apa pula kali ini ya. Tentu ramai yang di antara kita pernah mengalaminya kan. Tertinggal kunci kereta dalam kereta kerana selalu nya sifat kita yang sering terlupa. Begitu juga saya.
Kejadian ini berlaku 3 hari lepas dan hari ini saya dapat temui jalan penyelesaiannya. Alhamdulillah, syukur rasanya. Kisah nya begini, 3 hari lepas, setelah selesai menghantar anak saya ke sekolah sy pulang ke rumah seperti biasa, cuma hari itu rajin sedikit nak kemas kereta. Ya lah, anak2 makan minum dalam kereta abes bersepah plastik makan dan sebagainya. Setelah semua selesai saya pun kunci semua pintu kereta dan naik ke rumah. Ketika ini saya memang tak sedar langsung sampai kan malam itu saya tergerak hati nak cari kunci kereta. Cari punya cari memang tak jumpa, dan esok pagi nya saya turun dan lihat memang benar kunci kereta tertinggal di bahagian seat belakang. Buntu juga saya ketika itu, suami sy () ada mencuba untuk membuka pintu serta cermin tingkap namun tidak berjaya.
Semalam saya iktihar juga mencari pomen2 bengkel kereta untuk membantu saya membuka pintu kereta kenari. Malangnya 2-3 bengkel saya pergi kesemuanya menolak kerana tidak dapat bantu saya. Saya pulang ke rumah dengan agak kecewa dan runsing.
Pagi ini saya tergerak hati untuk mencari penyelesaian melalui Google. Alhamdulillah saya terjumpa website ini.
Lantas saya cuba meninggalkan mesej berkenaan masalah saya. Setengah jam kemudian,saya terima panggilan dari En Rosli menanyakan alamat rumah saya. Tidak sampai 15 minit salah seorg pekerja nya sudah sampai di rumah saya. Terkejutnya saya dan lantas saya turun ke parking rumah saya.
Tak sempat nak tanya nama dia, terus je ke kereta kenari untuk memulakan kerja membuka pintu kereta.
Dalam masa 5 minit sahaja pintu kereta saya dapat dibuka. Cepat betul, dan saya sangat excited.
Ini la kunci kereta saya tertinggal di bahagian seat belakang. Alhamdulillah, berjaya saya dapat semula kunci kereta. Selepas ini memang saya akan buat spare key untuk mengelakkan kejadian ini berulang lagi.
Oh ya,saya sertakan no hp En Rosli (Tukang Kunci) di sini :019 – 642 9077. Dan bayaran nya sebanyak RM50. Mungkin bayaran ini akan berubah mengikut lokasi.
Sekian saja coretan untuk hari ini.