Semalam saya ada menceritakan tentang pengalaman saya melakukan pengeluaran Bitcoin dan ianya mengambil tempoh yang amat lama. Malah, ada di antara pengguna Bitcoin lain yang masih menunggu selepas beberapa hari melakukan pengeluaran.
Mujurlah adik saya berikan cadangan untuk menggunakan Bitcoin Accelerator.
Hati-hati semasa memilih Transaction Accelerator kerana ada juga yang berunsur penipuan di luar sana dengan meminta bayaran, tetapi pengeluaran tidak berjaya dilakukan.
Dan dalam banyak-banyak link yang diberikan itu, saya gunakan ViaBTC.
Khidmat TX Accelerator dari ViaBTC ni percuma, tapi mereka cuma hadkan 100 submission pertama sahaja untuk disertakan dalam block yang mereka akan lombong (mine).
Jadi kena standby betul-betul tepat jam seterusnya, contohnya jam 5:00 atau 6:00. Jika selepas seminit pun lambat, berkemungkinan anda akan terlepas peluang.
Saya sendiri mencuba beberapa kali sebelum berjaya.
Diharapkan tips di atas bermanfaat buat anda. Semoga berjaya :)
Jika anda rasakan tips berikut berguna, bolehlah bagi sedikit tips ke salah satu wallet berikut :)
BTC - 3BcpTmafR6yCGk5CZ7mdWhi9mi1R1P27So
Ethereum - 0xf414413855d61cf3b126DFc6c3e19113B37837ec