Kalau nak merasa tempat sejuk buatan.boleh la datang ke i city ice snow Walk yang terletak di shah alam seksyen 7.
Harga bagi warganegara malaysia sebelum pukul 6pm ialah rm25 (dewasa) dan rm 20 (kanak2)
Selepas pukul 6 rm35 (dewasa) dan rm 30 (kanak2)
Tiket boleh dapat di kaunter berdekatan pintu masuk.
Ini pintu masuk snow ice.
Masuk je pintu utama..di dalam ada disediakan baju sejuk..dan kasut pula terpulang samada mahu sewa atau pun tidak.biasanya staff disana akan bagi masuk dulu.kalau rasa perlukan kasut.boleh keluar dan sewa kasut.tapi aku sarankan.bagi yang tak pakai kasut bertutup tu.sila lah sewa.sebab dekat dalam boleh krem kaki dibuatnya.terlalu sejuk.macam duduk dalam peti ais tingkat atas๐
Di dalam ni terdapat bentuk bentuk binaan yang diperbuat daripada ais..ada juga gelongsor yang kita boleh main.
Fuhh kiri kanan memang sejuk.percaya lah korang tak kan tahan lama duduk dalam tu..haha๐
Kawasan dia tidak lah luas mana.cukup la sekadar untuk jalan jalan.selain gelongsor.ada satu permainan ala ala ski tapi kita duduk dua orang sambil tolak dengan kayu supaya berjalan..
Selepas puas berjalan.mesti ada jurugambar yang akan tangkap gambar dan offer anda untuk beli sebagai kenang kenangan.
Kalau rasa nak beli time keluar tu ada di kaunter depan.
Selamat berjalan.๐