31 Ogos, detik bersejarah laungan kebebasan,
Daripada gengaman penjajah martabat bangsa,
Disilah saya merdeka tapi suaraku kelemasan,
Saya ingin bersorak tapi naluriku terasa.
Sudahkah kita Merdeka?
Jajahan luar bertukar menjadi jajahan minda,
Kami belum merdeka,
Lantang kita bersuara di persada dunia,
Laman bumi pertiwi tidak terpandang juga.
Kulit, agama dan politik masih menjadi pemisah,
Lupakah kita nasihat pejuang bangsa Negara,
60 tahun kita mengejar kemajuan tanpa mengenal lelah,
Kemajuan ilusi tanpa kesedaran sebenar jiwa raga.
Inginku bersuara tetapi disalah tafsir derhaka,
Ampun dipohon patik durjana kasar bahasa,
Tetapi Hang Tuah juga silap tulus setia,
Haraplah kaumku sedar keharmonian mengatasi warna.
Dengan teliti melangkah ke hadapan,
Musuh utama bukan di depan mata,
Minda kita haruslah celik,
Perosak muafakat dikubur dalam jiwa,
Ini bumi bertuah bumi kita,
Tiada lagi persoalan Negara ini milik siapa,
Itulah erti merdeka kepada bangsa kita,
Bangsa Malaysia bangsa saya.