Hari keluarga "OTAI Smasher" yang di adakan di salah satu kawasan dusun di Kuala Langat. Semua keluarga menyertai hari keluarga yang julung-julung kali diadakan. Pada hari keluarga ini dapat dilihat keakraban dan silaturahim yang begitu erat di antara keluarga. Setelah sekian lama menyertai kelab badminton ini , saya dapat rasakan satu perhubungan yang tidak dapat di ungkapkan.
Berbagai acara di dapat di lakulan semasa hari keluarga ini diantaranya membakar makanan laut, satay , kambing , ayam dan macam-macam lagi. Salah satu masakan yang paling tidak dilupakan iaitu kepak ayam sabah . Di sini juga kami menghabiskan masa dengan mencari durian, rambutan, langsat dan lain-lain lagi. Makanan yang di bawa oleh setiap keluarga juga sungguh sedap dan menyelerakan. Kami juga tidak melepaskan peluang untuk bermandi-manda di sungai yang berada berdekatan dengan tempat kami. Setelah penat bermandi manda kami makan bersama-sama sambil bergelak ketawa. Acara dari pagi hingga petang ini lansung tidak terasa masa telah berlalu begitu pantas kerana di bayangi dengan keseronokan dan kegembiraan .