Sebelum ni aku boleh dikatakan agak aktif dalam memperkenalkan platform Steemit kepada rakan-rakan.
Sebab aku seronok berkongsi tentang Steemit dan pada masa yg sama, boleh expand warga teammalaysia.
Kemudian bila aku mula bekerja di tempat baru, aktiviti aku slow down sedikit disebabkan banyak masa aku tertumpu kepada urusan kerja.
Aku rasa lebih dari 4 bulan aku tak perkenalkan kepada siapa-siapa. Sehinggalah hari nie, barulah aku ada kesempatan untuk perkenalkan kepada officemate aku di tempat baru.
Walaupun kami satu office & satu department, untuk luangkan masa pergi lunch bersama-sama amatlah susah.
Berjumpa pun, bila ada weekly meeting. Lepas meeting, semua pergi buat urusan masing-masing. Aku pun tak terkecuali
Hari ni, kebetulan kami ada di office, maka pergilah lunch bersama.
Sambil lunch, aku buka Steemit & cuba cari idea utk buat pisting. Tiba-tiba Nathaniel tanya apa yang aku buat.
Dari situ, aku terangkan berkenaan Steemit kepada mereka.
Pendekkan cerita, aku nak ucapkan selamat datang kepada &
Sekarang kena tunggu ID mereka approved & posting pertama mereka :)