Teman-teman steemit yang dikasihi, kehadiran aku dalam dunia serba moden seperti kambing masuk ke kandang lembu sangatlah kurang memahami progresif dunia digital.
Perancangan posting di steemit aku semakin berkurangan disebabkan kemungkinan minat telah berkurang? namun bukan itu alasannya, mungkin aku sibuk mengejar dunia disamping itu juga aku kurang berinteraksi dengan steemians yang lain.
Pada mulanya mungkin kita tidak pernah terfikir tentang satu tanggungjawab yang kita pikul, begitu juga dalam dunia steemit aku masih teringatkan dengan rakan-rakan aku pernah menasihati bila membuat suatu posting tidak semestinya benda yang aku suka sahaja, perlunya juga aku meneruskan dengan benda yang asing bagi aku agar aku boleh mengolah sebanyak mungkin cerita aku dalam dunia steemit.
Hendak seribu daya melihat dengan mata kasar itu senang, namun ianya tidak semudah yang kita sangka memerlukan kesabaran, minat dan juga mampu fokus setiap satu bidang yang kita ceburi.
Terakhir sekali perkataan "workhard" ini haruslah diselitkan sekali dengan "worksmart" yang bermaksud disamping kita bekerja keras kita juga mencari idea yang lebih effisien bila melakukan sesuatu kerja.
Sekian dan terima kasih