Selamat hari isnin yang kini menghampiri hari selasa sebentar lagi.. agak terlewat kerna terleka melihat keindahan khazanah alam ditanah tempat yang sedang ku berpijak kini.
Walaupun tidak sejauh perjalanan ke luar negara, namun tidak sia-sia masa percutian dimanfaatkan dengan bercuti sekitar kundasang sahaja. Ini adalah merupakan pertama kali ku menjejaki Desa dairy farm yang terletak dalam kawasan mesilau, dalam masa 20 minit sahaja dari tempat 'homestay' yang kami duduki.
Terima kasih kepada mengetik gambar kenangan indah yang indah. Sebenarnya telah lama perancangan
untuk bercuti bersama saya jalan ke sini namun dalam masa yang sama kawan-kawannya juga merancang untuk bercuti ke sini juga. Syukur nikmat semuanya berjalan seperti yang dirancang, kami merancangnya sejak dua bulan yang lalu lagi dan agak santai dan bersahaja percutian kali ini.
Terakhir sekali agak sayang untuk saya tinggalkan tempat ini akan tetapi kelak saya akan membawa kesini lagi.. Keadaan hari ini hujan renyai dan adakalanya lebat sekejap dan akan saya sambung pada esok harinya lagi!
Belum memasuki cerita tentang bunga yang saya gemari! Sekian dan selamat beristerihat semua!