Aktiviti Sempena Perayaan Tahun Baru Cina
Disini saya mengambil kesempatan mengucapkan Gong Xi Fa Cai pada semua sahabat terutama sekali sahabat cina. Namun begitu tidak lupakan juga sahabat yang bercuti sempena perayaan Tahun Baru Cina selamat bercuti dan beristirehat bersama keluarga.
Bagi saya bercuti bersama keluarga adalah aktiviti jarang jarang sekali dapat dijadualkan. Kali ini saya dapat cuti yang panjang jadi apa lagi , saya dan keluarga pun ambil peluang berjalan jalan di Ibu Kota Kuala Lumpur yang semakin lama semakin kurang sesak dengan kenderaan. Jalan yang luas dan kurang kenderaan membuatkan rasa tenang dan kurang stress apabila memandu dijalan yang berturap dan luas. Pembangunan yang rancak membangun serta bangunan bangunan yang baru tersergah megah seiringan dengan bangunan yang tertinggi di dunia iaitu KLCC (Menara Petronas Kuala Lumpur). Masa cuti yang panjang seperti ini juga saya mengambil peluang meneroka jalan hiruk pikuk di Kuala Lumpur. 👍 👍
Saya dapat perhatikan perubahan pada anak saya ,jika berada dirumah selesai sahaja kerja rumah buka handphone saya dan apa lagi ...permainan minecraft..Dari ini saya pun terfikir bagaimana saya boleh mempelbagaikan aktiviti selain dari mereka terus terjerumus dalam permainan video digital. Bagi pendapat saya, bukan untuk menghalang kanak kanak ini untuk terbantut dari segi permainan video digital tapi pada peringkat kanak kanak mestilah ada pengertian apa mereka lakukan dan haruslah ada batasan mereka. Jika tiada batasan dan tiada pemahaman apa yang mereka lalui maka tiada pengajaran daripada kepayahan apa yang mereka lalui.
Disini bukan lah saya mengatakan pendapat saya ini harus dicontohi atau ubah ikut cara saya. Saya percaya ramai para bapa/daddy/ayah diluar sana ingin anak-anak mereka berjaya dan dapat berkomunikasi dengan bijak di sekitar hidup mereka. Sebagai ketua keluarga atau bapa pada anak-anak saya ,apa yang boleh saya dekati mereka adalah dengan cara mengabadikan memori bersama mereka. Contohnya bercuti tahun ini kami sekeluarga meneroka Planaterium Malaysia.
Ini adalah replika robot yang pernah digunakan untuk penerokaan ke bulan.
Guitar masa hadapan..Masa kini pun sudah digunakan