Selamat malam rakan-rakan steemit.. 😊
Ini adalah merupakan Pertama kali saya mengikuti percutian bersama rakan steemit di Kundasang yang telah lama rakan aturkan. Kami disambut begitu mesra sekali oleh uncle David yang petah berkata bahasa mandarin dan english, amat melucukan
terpaksa membalas semua bahasa mandarin yang uncle katakan dan saya sendiri tidak memahaminya. 😂
Difahamkan rancangan ini setentunya uncle David gembira kerana telah lama beliau menunggu kami datang dan bercerita tentang kisah beliau dimasa beliau muda dahulu. Saya amat tersentuh dengan kisah uncle salah satu nya dalam penceritaan beliau yang mana beliau amat merindukan anaknya kini jauh diperantauan, hanya kamilah yang menjadi penyeri harinya walaupun hanya sementara.
Namun harapan beliau agar apa yang telah berlaku kembali sediakala seandainya saya tinggal lebih lama disini, ingin rasanya saya lebih meluangkan masa bersama uncle David lagi.
Bila tiba disini, teringatkan kehidupan dikampung yang dulu menjadi ruang langkahan ku bersama adik dan abang yang kini berjauhan.
Cukup puas hati menyakat semasa pejalanan kami dari kota kinabalu ke kundasang. 😝😝😝 Namun keasyikan dia bercerita sambil itu juga ketikan gambar selfie diambil... Rasa tak sabah menunggu keesokan hari menunggu masa untuk menuju ke destinasi pertama kami nanti.
Esok akan bersambung lagi! 😊